Cara Penjagaan Rambut Lelaki
Lelaki pada masa kini perlu menjaga dan merapi rambut mereka kerana ianya adalah tabiat seorang lelaki berkeyakinan, matang dan Berjaya. Jika ditanya pada perempuan, majoriti besar akan menjawab mereka akan melihat rambut, seterusnya rupa, ketinggian barulah perkara lain pada lelaki. Rambut merupakan daya tarikan yang paling kuat untuk memikat wanita. Persoalannya bagaimanakah cara penjagaan rambut bagi lelaki.
Berikut adalah barang wajib dan paling ringkas untuk
penjaagaan rambut secara menyeluruh bagi lelaki:
1)
Shampoo
Penggunaan shampoo adalah untuk
membersihkan rambut daripada kekotoran seperti debu dan bahan tidak diingini.
Gunakan shampoo kira-kira 2-3 kali seminggu. Hal ini kerana pengunaan shampoo
yang kerap akan mengeringkan rambut mengakibatkan keguguran rambut dan
sebagainya. Penggunaan shampoo haruslah disertakan dengan penggunaan
conditioner untuk mengembalikan kelembapan rambut.
2)
Conditioner
Conditioner berfungsi sebagai pelembap
rambut. Conditioner mengandungi nutrient yang cukup untuk melebatkan,
melembapkan serta menyergarkan rambut. Gunakan conditioner setiap kali selepas
selesai menggunakan shampoo ataupun boleh digunakan selang sehari. Conditioner
boleh digunakan walaupun anda tidak memakai shampoo.
3)
Minyak rambut
Minyak rambut adalah perkara penting dalam
penjagaan rambut. Rambut perlu dijaga agar tidak kering. Minyak rambut
jugamelindungi daripada haba dan cahaya matahari. Minyak rambut yang
dimaksudkan adalah seperti minyak rambut safi dan shaeerah. Anda juga boleh menggunakan
minyak kelapa dan sebagainya. Perlu dibezakan antara minyak rambut untuk
menggayakan rambut dan menjaga kelembapan rambut.
4)
Tonik rambut
Tonik rambut memberi nutrient berdasarkan
masalah rambut dihadapi setiap individu. Jika anda mempunyai masalah keguguran
rambut yang serius, penggunaan tonik rambut amatlah digalakkan untuk menambah
nutrient yang cukup untuk pertumbuhan rambut. Antara tonik rambut yang
disyorkan adalah seborin. Terdapat perlbagai jenama dan jenis yang ada, jadi
anda perlu guna kaedah cuba jaya untuk mendapatkan tonik yang sesuai dengan
kepala anda.
5)
Sikat
Sikat yang perlu setiap lelaki ada adalah
sikat bergigi besar dan bergigi kecil. Sikat bergigi besar digunakan apabila
rambut anda basah. Sikat bergigi kecil digunakan untuk menggayakan rambut dan
sebgaianya.
6)
Hairdryer
Hair dryer amatlah penting bagi lelaki.
Kebiasanya alat ini digunakan untuk meringkan rambut dan mengayakan rambut.
Jika anda minat rambut yang ada volume seperti rambut rambut ini, pengunaan
hair dryer amatlah diperlukan. Gunakan alat ini sebaiknya. Jangan gunakan
barang yang tidak berkualiti dan jangan gunakan haba yang tinggi terlalu lama.
Gunakan fungsi haba sejuk dan haba panas secara bergilir-gilir untuk mendapat
hasil yang baik.
Ulasan
Catat Ulasan