Apak itu Amanah Saham Bumiputera (ASB)?

Let me guess… yang datang ke blog ni mesti yang berumur 17 tahun ke atas kan. Bila dah membesar, banyak tanggungjawab yang perlu dipikul. Hampir semua benda perlukan duit pada masa kini. Jadi anda ke sini untuk jana pendapatan pasif dengan “melabur” dalam ASB. Tapi bagi saya ASB bukanlah satu bentuk pelaburan, tetapi ianya adalah lebih sesuai dijadikan tempat simpan duit yang kalis daripada inflasi. Nak tahu kenapa saya berpendapat sebegitu, teruskan pembacaan.

Eeehhhhh jap. ASB ni apa hukum dia? Semestinya ianya adalah HARUS. Pada awal pembukaan, terdapat banyak konflik, namun masalah itu sudah selesai.

Back to the question, kenapa ASB hanya sesuai untuk simpanan kalis inflasi sahaja, kita perlu tahu bahawa ASB itu adalah salah satu daripada UNIT TRUST. Unit trust itu apa? Baca disini. ASB adalah dilindungi kerajaan. Kalau kita letak RM100, modal kita tetap akan rm100. Tak akan kurang dan lebih. Sepatutnya duit modal tu boleh kurang tetapi kerajaan yang cover kerugian. Kalau and letak duit dalam ASB, anda akan dapat untung melalui dividen dan bonus. Kalau unit trust lain, anda boleh dapat untung melalui capital gain , iaitu harga modal anda meningkat. Asb ni khas untuk bumiputera sahaja. Sbb tu anda perlu buka acc asb. Ramai bangsa lain di luar sana yang jeles dengan kelebihan yang diberikan kepada bumiputera ini.

ASB ni jugak dibuat sebagai harga dana pendapatan ekuiti tetap, iaitu harga seunit dana tu dah tetap dengan harga RM1.00. Korang kena tau yang ASB ada had pelaburan, sehingga RM200,000 je. Tapi jangan risau, hanya had pelaburan yang ada had, sekiranya perolehan modal yang korang terima menyebabkan akaun ASB korang lebih RM200,00, ianya takkan dikira pun sebagai had pelaburan. Korang sebagai pelabur jugak bebas nak melabur banyak mana dan bila korang nak melabur, takde kekangan pun untuk korang melabur. kalau korang nak beli unit tambahan pun boleh, ASB benarkan.Kalau nak keluarkan pun tiada cas. Anda dibernarkan membuka sehingga dua acc asb. Terdapat dua jenis acc asb, iaitu ASB financing (pinjaman) dan simpanan biasa. Untuk permulaan, lebih baik simpan duit lebihan saja kerana pinjaman akan membebankan hidup anda akan dating.

Di Mana Nak Beli Dana ASB?

Korang boleh mulakan pelaburan Dana ASB korang sama ada melalui bank atau ejen bukan bank:

  1. Maybank
  2. Ambank
  3. CIMB
  4. Alliance Bank
  5. Bank MuamalatMalaysia Berhad
  6. Hong Leong Bank Berhad
  7. Hong Leong Islamic Bank Berhad
  8. Bank Simpanan Nasional
  9. Affin Bank
  10. RHB

Ejen bukan bank adalah Pos Malaysia.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Beza CGPA dan CPA

Cara Penjagaan Rambut Lelaki