Beza CGPA dan CPA
Bila dah masuk universiti, pointer selepas setiap sem mesti menjadi bualan setiap mahasiswa/siswi. Walau dah masuk universiti selama satu tahun pun mesti ada lagi student yang tak tahu bezakan antara GPA atau CGPA. Dalam perkongsian kali ini, anda akan dapat bezakan keduanya dan mengetahui kepentingan kedua-duanya.
CGPA (cumulative grade point average)
CGPA adalah pointer bagi keseluruhan semester lepas. Dalam erti mudah ianya adalah purata markah bagi kesemua subjek yang telah diambil. Jika anda mendapat poiter CGPA 3.5 keatas, anda akan dianugerahkan ijazah kelas pertama. Untuk pengiraan CGPA, markah bagi setiap gred yang diperoleh bagi sem lepas akan dibahagi dengan jumlah kredik yang telah diambil.
Contoh kepentingan CGPA yang tinggi adalah:
· Membolehkan anda meneruskan pembelajaran ke peringkat yang lebih tinggi
· Memasuki universiti yang baik
· Mendapatkan biasiswa
· Membantu untuk mencari pekerjaan
contoh pengiraan:
cgpa bagi sem kedua adalah = (pointer sem1 + pointer sem2) / (kredit sem1+ kredit sem 2)
pengiraan cgpa bagi sem berikutnya adalah seperti dibawah:
GPA (grade point average)
GPA adalah jumlah pointer bagi semester semasa. Dapatkan pointer GPA 3.5 keatas bagi setiap sem dan anda akan dianugerahkan anugerah dekan. Kepentingan penjagaan GPA adalah memastikan CGPA kita berada di landasan yang betul.
Kesimpulannya, kedua-duanya amatlah penting untuk kita jaga. Namun jangan abaikan aktiviti lain sperti sukan, debat, sukerelawan dan menjadi ahli koporat di universiti. Pointer yang baik seperti tiket untuk kita di panggil ke temu duga, namun yang memisahkan antara orang yang berjaya atau gagal dalam temu duga nanti adalah aktiviti sampingan seperti ini. Jadi seimbangkan lah kehidupan anda. Belajar lah perkara yang anda minat kerana itu akan membantu anda dikala anda stress dengan subjek yang susah.
Ulasan
Catat Ulasan